Sirah Nabi
Sirah Nabi
Abdullah dan Aminah
1. ‘Abd al-muttalib
telah memilih aminah binti wahb bin ‘Abd manaf bin zuhrah bin kilab menjadi istri anaknya, ‘Adullah.
2. Aminah dianggap
wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya
ialah ketua bani zuhrah.
3. ‘Abd al-muttalib
telah mengutus ‘Abdullah ke yathrib untuk mengambil bekalan dagangan di Syam.
4. ‘Abdullah telah
meninggal dunia di yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di. Ketika itu,’Abdullah
berusia 25 tahun.
Kelahiran bayi mulia, Muhammad SAW
1. Dilahirkan di
penempatan Bani Hashim di mekah sebagai anak yatim.
2. Dilahirkan pada
hari senin, 9 Rabi’ul awal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22
April 571 Masehi.
3. Peristiwa luar
biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan :
-
14 lengkungan gerbang istana kisra gugur
-
Api sembahan orang majusi terpadam
-
Gereja-gereja di sekitar bahirah sawah telah runtuh
4. Apabila Abd
al-muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke ka’bah
lalu berdoa dan bersyukur. Lantas diberi nama Muhammad, nama yang cukup asing
bagi masyarakat arab ketika itu.
5. Orang yang
pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, yaitu seorang hamba
kepada Abu Lahab.
Hidup dalam keluarga bani sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)
1. Menurut adat
masyarakat arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan
yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti
penyakit masyarakat setempat, menguatkan fisikal kanak-kanak, mengukuhkan urat
saraf serta memahirkan anak tersebut dengan bahasa arab jati sejak kecil lagi.
2. ‘Abd al-muttalib
telah menyerhakan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan
disusukan oleh Halimah al Sa’diyyah.
3. Selepas 4 atau 5
tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada baginda SAW Jibril.
Ke pangkuan ibu yang pengasih (sehingga umur 6 tahun)
1. Selapas
peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad SAW,
lalu memulangkan baginda kepada ibunya, Aminah.
2. Aminah dan anak
yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di
Yathrib, dengan ditemani oleh Abd’ al-muttalib dan Ummu Ayman (pembantu
wanita).
3. Mereka menetap
di Yathrib (madinah) selama sebulan.
4. Dalam perjalanan
pulang ke makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, yaitu
kawasan diantara Makkah dan Yathrib (madinah).
5. Anak kecil
bernama Muhammad SAW itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Ke pangkuan datuk yang penyayang (sehingga 8 tahun)
1. Abd al-muttalib
sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama yaitu kematian
anaknya Abdullah kembali datang menerjah memorinya.
2. Beliau membawa
pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
3. Apabila umur
Muhammad SAW mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-muttalib
pula meniggal dunia di makkah.
4. Abd al-muttalib
sempat berwasiat agar Muhammad SAW dijaga oleh Abu Thalib, bapak saudaranya
yaitu saudara kandung bapaknya.
Ke pangkuan bapaknya saudara (sehingga 40 tahun)
1. Abu thalib telah
menjalankan amanah menjaga Muhammad SAW dengan sesempurna mungkin.
2. Muhammad SAW
telah mendapat perlindungan dengan penjagaan dari Abu Thalib sehingga akhir
hayat Abu Thalib.
3. Antara peristiwa
penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Thalib ialah :
-
Hujan turun dengan berkat pribadi anak kecil Muhammad
SAW. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau.
-
Pada umur baginda 12 tahun, Abu Thalib yang ketika itu
membawa baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang rahib bernama
Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Setelah melihat ciri-ciri yang ada
pada baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Thalib, “inilah ketua seluruh
alam, budak ini diutuskan oleh Allah sebagai rahmat untuk sekalian alam.”
Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, karena ditakuti
akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad SAW dibawa pulang ke
Makkah semula.
-
Pada umur 15 tahun, baginda telah ikut membantu dalam
peperangan yang dipanggil peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah diantara
orang Quraisy dan sekutu-sekutu mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin
‘Aylan.
-
Pada zaman remaja, baginda tidak mempunyai pekerjaan
yang tetap. Banyak riwayat mengatakan baginda menggembala kambing. Pada usia 25
tahun, Muhammad SAW telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat
amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid yaitu pedagang dan hartwan telah
memilih baginda untuk membawa dagangnya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba
khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.
-
Kembali dari urusan perdagangan, khadijah tertarik
dengan kebolehan baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari
perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan baginda yang
berakhlak mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah.
Maklumat ini diperolehi dari maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal
dilamar oleh pembesar Quraisy, telah ditarik dengan Muhammad SAW. Khadijah
ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk menikahi baginda,, dan
baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapak-bapak saudara baginda.
-
Pada usia 35 tahun, baginda membawa peranan yang besar
dalam pembinaan semula ka’bah dan isu Tahkim.
Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari Allah.
Pada saat inilah, kehidupan baginda SAW mula menerima perbagai tentangan dan
halangan yang besar. Dan Abu Thalib telah banyak bertindak melindungi baginda
sehinggalah Abu Thalib meninggal dunia.
Bintang
Berkelip
1. Apakah alam
semesta itu?
-
Alam semesta meliputi Bumi dan segala sesuatu yang ada
di sekitarnya. Bintang, planet, tumbuhan dan hewan yang hidup di Bumi, dan kita
semua adalah bagian dari alam semesta.
2. Apakah ada akhir
dari alam semesta?
-
Ada astronom yang percaya bahwa alam semesta terus
membesar karena galaksi-galaksi bergerak saling menjauh. Ada astronom lainnya
yang menduga bahwa suatu hari nanti galaksi-galaksi akan kembali merapat.
Semesta akan mengerut dan terjadilah tabrakan dahsyat yang disebut Big Crunch!
3. Ada berapa
banyak kah bintang di alam semesta itu?
-
Di Galaksi Bimasakti ada sekitar 1.000 milyar bintang.
Bandingkan dengan jumlah manusia di Bumi, yang hanya 5 milyar jiwa. Berarti ada
200 bintang untuk setiap orang. Para ahli bintang memperkirakan jumlah bintang di
seluruh jagad semesta adalah 70 sekstiliun (70 x 1022) bintang, yang
terkelompok di dalam 100 milyar galaksi. Sungguh sulit membayangkan jumlah
bintang sebanyak itu!
4. Terbuat dari
apakah bintang itu?
-
Bumi adalah planet yang padat dan dapat kita injak.
Namun bintang tidak demikian. Bintang ‘terbuat’ dari hidrogen, helium dan
beberapa gas lainya. Gas-gas inilah yang merupakan sumber bahan bakar bintang,
agar bintang selalu panas dan terang menyala.
5. Mengapa bintang
berkelip?
-
Bintang terlihat berkelip jika dilihat dari bumi,
padahal sebenarnya sinar bintang terus memancar tanpa henti. Sinar bintang
tampak berkelip karena dibelokkan dan ‘digoyang’ oleh selang-selingnya udara
panas dan dingin di atmosfer Bumi.
Comments
Post a Comment